Pages

02 March, 2015

Ketulusan Hati Anda

SOALAN OBJEKTIF (5 markah)

Arahan: Jawab semua soalan. Anda bebas untuk menjawab mana-mana pilihan jawapan.

1. Bagaimana kita hendak mengingat fakta-fakta Biologi yang begitu banyak?

A. Baca berulang-ulang kali.
B. Buat latihan yang mengcukupi.
C. Banyakkan bertanya guru.
D. Buat nota sendiri.
E. Semua sekali di atas.
F. Selain daripada di atas(....................................................)

2. Apakah yang anda akan lakukan jika anda tidak faham apa yang guru ajarkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung? 

A. Buat seperti biasa sahaja.
B. Buat- buat faham dengan menganggukkan kepala.
C. Mengumpat cikgu dengan mengatakan," Aku langsung tak faham apa yang dia ajar".
D. Disebabkan tidak faham, aku minta izin guru untuk ke tandas.
E. Terus angkat tangan dan jika dibenarkan aku akan terus bertanya apa yang tidak faham.
F. Membuat catatan dan menulis dalam "Buku Pertanyaan" untuk dihantar kepada guru.
G. Membaca semula apa yang telah diajar.
H. Datang menemui guru selepas waktu PdP.
I. Menunggu sehingga cikgu datang bertanya aku, barulah aku akan beritahu cikgu yang aku tak fhm.
J. Selain daripada di atas(....................................................)