Pages

13 August, 2015

TIPS MENJAWAB BIOLOGI K2 (Siri 1)

1. Peruntukkan masa 18 minit (max.) untuk setiap soalan struktur dan 30 minit (max.) utk setiap soalan esei (ingat ya,jawab dua sahaja soalan esei!). Apa? nak jawab semua! Tak faham ke arahan Jawab dua soalan shj. Tolonglah jangan menyusahkan pemeriksa (cikgu awaklah).

2. Baca soalan dengan teliti. Bulatkan atau gariskan kata kunci soalan.

3. Tengok markah yang diperuntukkan untuk soalan itu utk mengetahui berapa poin atau isi yg erlu dijawab. Jika soalan tu suruh terangkan, maknanya pelajar kena bagi fakta dan diikuti dengan penerangan terhadap fakta tu. nasihat saya, elakkan menulis jawapan yang bercampur antara fakta dan penerangan dalam satu ayat utk mengelakkan dikenakan WCR!

4. Akur dengan soalan yg meminta pelajar menyatakan sesuatu dengan bilangan yg tertentu seperti nyatakan dua, tiga .. Pemeriksa akan hanya tanda mengikut bilangan yg sepatutnya...

bersambung...

No comments:

Post a Comment