Kriteria
|
Penerangan
|
Struktur
|
1. Berbentuk
selipar.
2. Permukaan
paramecium sp. ditutup dengan
silia.
3. Mempunyai
dua nukleus;
-
Makronukleus yang mengandungi
aktiviti sel kecuali proses pembiakan.
-
Mikronukleus yang terlibat dalam
proses pembiakan.
4. Mempunyai
vakuol mengecut pada setiap hujung sel.
5. Alur
mulut dan sitostom terlibat dalam makanan.
|
Cara makan
|
1. Memakan
mikroorganisma.
2. Pukulan
beritma silia sepanjang alur mulut menyapu makanan ke dalam sitostom.
3. Vakuol
makanan terbentuk.
4. Enzim
dirembes untuk mencerna makanan dalam vakuol makanan semasa bergerak dalam
sitoplasma.
5.
Nutrien diserap ke dalam
sitoplasma manakala makanan yang tidak dicerna disingkir melalui liang dubur.
|
Respirasi
|
1. Pertukaran gas respirasi merentas
membran plasma melalui resapan.
|
Perkumuhan
|
1. Pengosmokawalaturan
dijalankan oleh vakuol mengecut.
2. Air
meresap ke dalam sitoplasma paramecium sp. dan dikumpul dalam vakuol
mengecut.
3. Pengecutan
vakuol mengecut yang penuh menyingkirkan kandungannya.
4. Bahan
buangan dikumuhkan merentas membran plasma melalui resapan.
|
Pergerakan
|
1. Bergerak
secara pukulan beritma silia.
2. Gelombang
yang terhasil akibat pukulan silia menyebabkan paramecium sp. berputar dan berpilin sepanjang paksinya semasa
bergerak ke hadapan.
|
Bergerak balas terhadap rangsangan
|
1.
Silia
berfungsi seperti struktur deria.
2.
Menjauhi
rangsangan yang tidak sesuai seperti cahaya terang, larutan asid atau alkali
dengan menggunakan silia.
3.
Bergerak
ke arah rangsangan yang sesuai seperti makanan dengan menggunakan silia.
|
Pembiakan
|
1. Membiak
secara seks melalui konjugasi apabila keadaan tidak sesuai.
2. Pertukaran
mikronukleus antara dua paramecium berlaku.
3. Membiak
secara aseks melalui belahan dedua apabila keadaan sesuai.
|
Habitat
|
1.
Kawasan air tawar seperti tasik
dan kolam.
|
Pages
▼
No comments:
Post a Comment