Pages

Ask Me

Dalam page ini anda boleh bertanya saya apa-apa soalan yang berkaitan dengan biologi. In shaa Allah saya cuba jawab setakat mana yang termampu.

27 comments:

  1. tumpang tanya encik..boleh x bagi tips menjawab spm berdasarkan kata kunci soalan..means cth dia soalan huraikan dan terangkan...ade x bezanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-duanya membawa maksud yg sama. Cuma, perkataan 'terangkan' lebih kerap digunakan dlm soalan SPM. Maksud 'terangkan atau huraikan' ialah murid perlu menyatakan fakta seperti nama/ struktur/ ciri sesuatu subjek dan perincikan fakta itu berkait dgn fakta itu. Perhatikan, markah yg diperuntukkan dlm kurungan.

      Delete
  2. macam mana nak save soalan? saya nak print :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Sha, Awak kena cuba google macam mana nak save file. Selamat mencuba!

      Delete
  3. cikgu, apakan tips penting/ramalan bagi kertas 2 dan kertas 3 biologi spm 2015???

    ReplyDelete
  4. Apakah perasaan cikgu terhadap kertas spm pada tahun ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud awak paper biologi ke? Perasaan cikgu sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya. Nak kata susah, taklah susah sangat, nak kata senang, tak juga sebab ada yang susah. Takpelah, yang sudah tu sudahlah, move forward and plan another strategy in your further level in education. SPM is not everthing in life.

      Delete
  5. If the blood sugar level is lower than the normal range, the biochemical reaction in mitochondria can still occur. explain how.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the function of mitochondria itself to generate energy. aerobic respiration takes place in mitochondrion. where, glucose as main source of raw material to be oxidized by presence of oxygen to produce water, carbon dioxide and energy.when the sugar level low in blood, it's mean the composition of glucose/ sugar is low, and the amount of energy produced by mitochondrion also low as well. however, the decreased of sugar level will be corrected by the negative feedback mechanism. that's another issue. tq

      Delete
  6. cikgu boleh bagi beberapa tips untuk score ni paper biologi kah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ejati natalia,
      Tips nak skor biologi:
      1) Baca terlebih dahulu suatu sub topik sebelum guru mengajar.
      2) Kenal pasti apa yang anda tak faham. Boleh bertanya guru anda
      semasa atau selepas kelas.
      3) Jika anak murid cikgu, mereka wujudkan 'Buku Pertanyaan'. Murid boleh bertanya melalui medium buku. Maklumlah, kadang- kadang tu guru ni sibuk.
      4) Cari soalan topikal yang berkaitan sama ada soalan dalam buku teks, buku rujukan, set soalan SPM dan sebagainya. kemudian, cuba selesaikan soalan-soalan yang berkaitan. Pastikan anda menyemak jawapan tersebut.
      5) Berikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar. Jangan bersembang, jangan berbisik-bisik atau mengganggu fokus dan mood guru.
      6)Doa dan munajat kepada Allah (Muslim) atau apa-apa cara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.

      Delete
  7. Saya akan menduduki SPM tahun ni. Saya bukan pelajar aliran sains tulen tapi saya berhajat nak ambil subjek sains tulen pada tahun hadapan. Mcm mana saya nk buat? Boleh ke saya ambil sbg calon persendirian? Kalau boleh, mcm mana pula saya nak laksanakan Peperiksaan pusat amali sains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh berurusan dengan sektor peperiksaan dan penilaian di Jabatan Pelajaran Negeri. Pihak JPN akan uruskan untuk calon persendirian. Peperiksaan amali masih ditangguhkan sehingga satu masa yang akan di maklumkan. Ujian lisan BM, BI dan lain-lain urusan berkaitan dengan kerja kursus (jika ada) boleh bertanya dengan bahagian tersebut.

      Delete
  8. Assalamualaikum cikgu. Masalah saya sekarang ni macam ni. Saya baca dan faham tajuk yg guru ajarkan. Tapi bila masa nak jawab soalan, saya tak faham apa yang soalan mahukan. Saya cuba cari jawapan bagi soalan tu. Then, bila hantar latihan, contohnya soalan esei yang 10 markah, nak dapat separuh markah pun susah. Macam mana nak kaitkan apa yang kita baca dengan soalan soalan biologi? Mohon nasihat daripada cikgu.

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam wrt.
    Memahami isi kandungan sahaja tidak memadai untuk skor bio. Soalan KBAT memerlukan murid menguasai kemahiran mengaplikasi ilmu secara teori dan terjemahkan dalam bentuk jawapan yang standard dan menepati peraturan pemarkahan yang ditetapkan. Soalan kertas 2 khususnya esei memerlukan murid memahami betul2 apa sebenarnya yg dikehendaki oleh soalan. Anda harus dapat kenal pasti keyword atau kata kunci yg diminta. Maka, jawapan anda mestilah ke arah menjawab kehendak soalan. Jika markah yg diperuntukkan 10 markah, maka anda harus memberikan jawapan yang lebih daripada 10 poin. jika soalan bermula dgn perkataan 'Terangkan', anda perlu memberikan fakta dan penerangan yg menyokong fakta itu:

    analogi begini: Katakan anda tidak hadir ke kelas tambahan, cikgu anda bertanya," kenapa awak tak datang kelas tambahan semalam? Apa yg patut awak jawab? Awak mungkin jawab, saya tak sihatlah, saya tertinggal baslah dan macam- macam jawapan.. Tetapi jika cikgu awak bertanya," Terangkan mengapa awak tak hadir kelas tambahan semalam? Maka, jawapan awak mestilah mengandungi punca/ sebab dan jelaskan dengan lebih lanjut untuk menyokong fakta tersebut. Contohnya, saya tidak hadir ke kelas tambahan kerana kurang sihat serta demam, saya terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor menasihatkan agar saya berehat sahaja di rumah.

    ReplyDelete
  10. Kenapa jantung org yg selalu bersenam berdegup lebih perlahan berbanding org yg kurang bersenam semasa melakukan aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila kadar metabolisme badan telah serasi dengan aktiviti cergas yang dilakukan secara berkala dan konsisten, maka kadar denyutan jantung menjadi stabil pada kadar yang bersesuaian dengan keupayaan badan seseorang itu. ia berbeza dengan individu yang jarang bersenam, kadar metabolisme badan dan kadar denyutan jantung belum mencapai tahap kestabilan yang normal. maka, kadar denyutan jantung akan lebih cepat berbanding mereka yang 'fitness and competent'.

      Delete
  11. Rancang satu eksperimen untuk menentukan tekanan osmosis sap sel suatu sel tumbuhan . Bagaimana menjawab soalan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Benson Ang, your question quite general to be answer. Should be the statement of question comprises with two variables. If not, the planning of experiment could be wide and not specific.

      TQ.

      Delete
  12. Salam . Saya nak tahu pengiraan markah utk ketiga-tiga kertas . Mcm mana nak tambah semua markah jd 100 peratus ? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. K1 + K2 + K3 = 50 + 100 + 50
      = 200 markah (Markah penuh)

      cth: 40 + 70 + 40 = 150 markah

      150/200 x 100% =75%

      Delete
  13. Bagaimana gula dioksidakan semasa respirasi ? Soalan 4 markah

    ReplyDelete
  14. gula dioksidakan dengan bantuan oksigen untuk menukarkan glukosa kepada karbon dioksida, air dan tenaga dalam bentuk ATP. Jika respirasi aerob, jumlah tenaga yang dihasilkan ialah sebanyak 2898kJ.

    ReplyDelete
  15. where i can get the spm 2008 complete scheme?? nota yang cikgu bagi bagus, saya amat berpuas hati tapi sukar untuk dirujuk. How can i get the scheme?? or if possible can teacher give it to me through my email Azfarsafiy@gamil.com !! thanks btw i really appreciate it :D

    ReplyDelete
  16. great notes but can i get the biology spm 20008 complete scheme??

    ReplyDelete