02 May, 2017

Teknik Jawab k3 Biologi

 

Analisis SPM 2003 Hingga 2016 K2

 

Proses Meiosis

Fasa- fasa dalam proses Meiosis I dan II

PROFASA I













METAFASA I

ANAFASA I
TELOFASA I
PROFASA II

METAFASA II
ANAFASA II
TELOFASA II


17 April, 2017

Kolaborasi


Program Kolaborasi Antara SBP dan SMK Daerah Pekan 2017

Tarikh: 18-20 April 2017
Tempat: Dewan Besar DRB Hicom University of Automative Malaysia, Pekan.
Sasaran: Pelajar cemerlang Daerah Pekan.
Subjek terlibat: Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi
Bilangan peserta: 350 org.

02 April, 2017

Modul Sempoi Biologi 2017

Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera.

Berminat untuk dapatkan modul sempoi biologi tingkatan 4 dan tingkatan 5?

Dapatkan SEGERA sebelum kehabisan stok.

Modul Sempoi Biologi ini adalah dalam versi BM sahaja. Nota dan latihan.

Pembelian dalam kuantiti banyak (melebihi 30 buah) akan menikmati harga istimewa.

Harga asal: RM18 (T4), RM16 (T5)
Harga sebuah: RM15 (T4/T5)
Harga Istimewa: RM13 (T4/T5)

(*Harga tidak termasuk kos penghantaran/ pos laju/ pos biasa).

Hubungi 0129602274 ( WhatsApp/ Telegram) untuk maklumat lanjut.


01 February, 2017

Terima kasih

Saya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada guru-guru khususnya yang memberi sokongan dan galakan kepada saya dengan membeli Modul Sempoi Biologi sejak edisi 2015, 2016 dan 2017. Bagi guru- guru yang telah membeli modul nashkah murid sudah tentu tertanya- tanya bagaimana hendak menggunakan modul ini secara maksimum. Maka, suka saya berkongsi apa dan bagaimana saya mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pemudah cara (PDPC) serta amalannya dalam pembelajaran abad 21.

Saya sependapat dengan beberapa pandangan guru- guru senior yang mengatakan bahawa:" Apa jua yang kita (guru) bagi sama ada latihan, kerja sekolah atau apa juga bentuknya, kita wajib menyemak kerja mereka. Sesibuk mana sekalipun tugas kita, perkara asas yang perlu dilakukan oleh seorang guru selain mengajar ialah menyemak kerja murid. Dari situlah kita tahu, sama ada mereka (murid) faham apa yang kita ajarkan. Mungkin kita bertanya, jika mereka tiru jawapan kawan, macam mana pula? Saya jawab, kitakan cikgu! Kita boleh tahu juga nanti.

Tanpa berbuat demikian (menyemak kerja) kita hanya syok sendiri. Akhirnya, apabila ujian atau peperiksaan ternyata jelas murid tidak dapat menjawab ataupun jawapan yang diberi langsung tidak munasabah dengan apa yang kita ajarkan. Masa tu, kita mulalah mempersoalkan kenapa itu dan ini. Soalan yang ditanya sudah dibincang dalam kelas, dah buat beberapa kali. Kita berasa geramm yang amat sangat dengan cara murid kita menjawabnya. Jika ujian dalaman bolehlah kita menyemaknya sendiri dan mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka, tetapi jika SPM macam mana? Pasti kita tidak tahu secara terperinci di mana yang betul dan salah. Apa yang kita dapat hanyalah Gred dan GPS. Maka, bersiaplah kita menghadapi post-mortem SPM nanti.

Berbalik kepada penggunaan modul sempoi ini. Sejajar dengan nama sempoi yakni mudah atau dipermudahkan dengan hasrat membantu guru dan murid untuk belajar subjek biologi dengan cara yang lebih cepat tanpa menidakkan sub topik penting berdasarkan objektif pembelajaran. Guru selaku pemudah cara mesti bijak mengendalikan murid yang mungkin terdiri daripada pelbagai aras pencapaian. Murid- murid saya boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu rajin tanpa disuruh, rajin bila disuruh, rajin kena suruh.

Alangkah bahagianya jika murid kita pada kategori pertama iaitu rajin tanpa disuruh. Maksudnya, murid ni dia buat modul sempoi tanpa perlu kita bagi arahan terlebih dahulu. Misalnya, kita sedang mengajar bab 2 Struktur dan Organisasi Sel. Tetapi ada anak murid kita dah buat soalan klon SPM, walau pun ada salah tak pa. Jangan kita marah mereka ni. Bahkan bagi pujian! Jangan sesekali kita merendah- rendahkan kebolehan murid kita. Mereka ni nakkan perhatian! Insya Allah murid kita akan hargai kata- kata kita. Apatah lagi kata- kata adalah doa.

....bersambung..


18 January, 2017

Alive

Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera!

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas kurniaan-Nya saya masih lagi diberi kesempatan dan ruang masa yang ada ini untuk menyambung tugasan sebagai salah seorang guru KPM daripada ratusan ribu yang lain. Syukur yang teramat sangat kerana dengan izin-Nya jua saya yang kerdil dan dhaif ini berupaya menaip dan menitipkan kata- kata dalam blog ini.

Doa dan harapan agar blog ini menjadi lidah penyambung yang berguna antara saya dan pembaca yang barangkali terdiri daripada guru, pelajar dan ibu-bapa. Sudah tentu ada dalam kalangan audien menantikan sesuatu yang baharu dan berlainan daripada sebelumnya terutamanya dalam memperkasakan subjek biologi ini.

Sebenarnya, zaman sekarang ini semakin kurang agaknya orang nak layari blog yang seumpama ini kerana kehadiran pelbagai media sosial seperti facebook, Whats App, Telegram dan WeChat telah memberi impak sama ada positif atau negatif. Semuanya terpulang kepada kita. Kita yang mengawalnya atau kita dikawal oleh teknologi di hujung jari itu. Bak kata pepatah: 'Pisau ada ditangan anda, silakan untuk memotong atau dipotong'.

InsyaAllah, saya tidak kikir untuk berkongsi sesuatu yang saya ada untuk anda semua. Walaupun ada yang perlu dibeli. Bukan semuanya free kan!

Selamat Maju Jaya.

Bio Sempoi Je:)