02 February, 2022

Ujian Amali Sains (UAS)

UAS mula dilaksanakan semula pada SPM 2021. Maknanya murid yang mengambil subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Tambahan akan menjalani UAS untuk melayakkan mereka mengambil kertas 1 dan 2 (bertulis) nanti. UAS ini dijalankan secara bersepadu dan serentak seluruh negara pada 15 Februari 2022. UAS mengadungi eksperimen yang perlu dijalankan murid untuk mendapatkan data keputusan. Dengan keputusan tersebut murid dikehendaki menjawab soalan bertulis yang memperuntukkan 15 markah bagi setiap subjek yang diambil. Masa yang disediakan adalah selama 40 minit bagi setiap subjek dan 5 minit untuk semakan bahan dan radas. Semoga UAS ini meningkatkan minat dan kecederungan murid dalam penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif agar ianya bermanfaat semasa mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.<>

Murid-murid 4 Sains sedang menjalankan UAS untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2021

No comments:

Post a Comment