06 November, 2008

Yakinlah kepada diri sendiri

Baru tadi selesai majlis restu ilmu pelajar tingkatan 5. Sebenarnya, majlis ini ada signifikannya kpd saya. Ia mengimbau kenangan saya semasa sekolah dulu. Sudah hampir 12 tahun saya meninggalkan zaman persekolahan. Tetapi bila ada majlis seperti ini membuatkan saya begitu terasa sekali zaman itu. Zaman ketika saya berada di tingkatan 5. Saya antara yang menjadi sandaran pihak sekolah utk cemerlang. Alhamdulillah, ianya berjaya dicapai.
Namun, bukan mudah...
Tidak seperti anda sekarang...ada kelas tuisyen percuma, kelas tambahan banyak, kemudahan pun banyak dsb.
Bertuahnya anda semua.. fikir2kanlah bahawa peluang yg ada ini mesti bijak direbut. Rebutlah dengan menyusun strategi dan sistematik.
Ya.. saya rasa faktor kesusahan keluarga membuatkan saya memasang cita2 utk berjaya. Tetapi ramai lagi org yg lebih susah. walaupun, ada ketikanya saya tidak mempunyai belanja utk makan ke sekolah, ada juga pernah meminjam dengan kawan utk makan. dan ada waktunya juga makan sekadarnya sahaja. Saya redha dan pasrah. Perjuangan utk berjaya dlm SPM itu lebih utama drp masalah2 tadi. Fikirkan kejayaan yg sedang menanti di hadapan. Jangan fikirkan kegagalan.
Semoga anda berjaya dengan cemerlang! InsyaAllah anda boleh!

Biology is easy.

No comments:

Post a Comment