Ramai dalam kalangan murid mengeluh khususnya bagi mereka yang mengambil subjek-subjek sains tulen bahawa subjek-subjek ini susah sehingga digelar 'killer subject'.
Sebenarnya, ini lebih kepada persepsi negatif sahaja. Memanglah, bukan mudah nak mudah tetapi sekadar mengeluh tidak akan mengubah apa-apa melainkan mengubah sikap anda.
Perubahan sikap perlu bermula daripada sekarang. Perubahan sikap negatif kepada sikap positif bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, cuma anda mestilah sabar, yakin dan konsisten dalam mengurus proses transisi ke arah sikap yang lebih baik.
Sebagai contoh, jika sebelum ini anda suka melakukan perkara berikut:

- Membuang masa dengan bermain video game, game online, facebook, wechat, whats app, telegram, instagram, dan lain-lain.
- Membuat sesuatu kerja sekolah pada saat-saat akhir.
- Meniru kerja sekolah rakan.
- Lewat datang ke kelas atau sekolah.
- Sengaja untuk tidak hadir kelas tambahan.
- Tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru.
- Merungut apabila diberi kerja sekolah.
- Mengata dan mengutuk guru dibelakang.
- Tidak serius dan fokus ketika belajar.
- Memandang mudah arahan guru.
- Tidak Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
- Tidak meminta restu kedua ibu bapa/ penjaga.
- Tidak menghormati sesama rakan sebaya.
- Tidak peduli nasihat dan teguran guru, rakan dan ibu bapa penjaga.
- Tidak mengulang kaji pelajaran.
- Bercinta atau ada 'couple'
Maka berubahlah. Hanya dengan perubahan sikap ini akan menzahirkan dan menghasilkan insan yang berikut:
- Menghargai masa.
- Menguruskan masa dengan baik.
- Amanah dan jujur.
- Pantas bergerak ke kelas dan sekolah.
- Berkorban masa rehat untuk kejayaan akan datang.
- Rajin dan ikhlas membuat kerja sekolah.
- Redha dan sabar dengan kerja sekolah yang diberi.
- Tidak mengata dan mengutuk guru tetapi mendoakan kesejahteraan guru.
- Serius dan fokus dalam belajar.
- Sentiasa mencatat nota penting yang diberi guru.
- Berdoa dengan sepenuh hati.
- memohon restu kedua ibu bapa sebelum ke sekolah.
- Menghormati sesama rakan sebaya.
- Ambil perhatian dengan teguran orang sekeliling kita.
- Sentiasa mengulang kaji pelajaran.
- Mengutamakan pelajaran daripada bercinta atau ber'couple'.
No comments:
Post a Comment