01 February, 2017

Terima kasih

Saya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada guru-guru khususnya yang memberi sokongan dan galakan kepada saya dengan membeli Modul Sempoi Biologi sejak edisi 2015, 2016 dan 2017. Bagi guru- guru yang telah membeli modul nashkah murid sudah tentu tertanya- tanya bagaimana hendak menggunakan modul ini secara maksimum. Maka, suka saya berkongsi apa dan bagaimana saya mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pemudah cara (PDPC) serta amalannya dalam pembelajaran abad 21.

Saya sependapat dengan beberapa pandangan guru- guru senior yang mengatakan bahawa:" Apa jua yang kita (guru) bagi sama ada latihan, kerja sekolah atau apa juga bentuknya, kita wajib menyemak kerja mereka. Sesibuk mana sekalipun tugas kita, perkara asas yang perlu dilakukan oleh seorang guru selain mengajar ialah menyemak kerja murid. Dari situlah kita tahu, sama ada mereka (murid) faham apa yang kita ajarkan. Mungkin kita bertanya, jika mereka tiru jawapan kawan, macam mana pula? Saya jawab, kitakan cikgu! Kita boleh tahu juga nanti.

Tanpa berbuat demikian (menyemak kerja) kita hanya syok sendiri. Akhirnya, apabila ujian atau peperiksaan ternyata jelas murid tidak dapat menjawab ataupun jawapan yang diberi langsung tidak munasabah dengan apa yang kita ajarkan. Masa tu, kita mulalah mempersoalkan kenapa itu dan ini. Soalan yang ditanya sudah dibincang dalam kelas, dah buat beberapa kali. Kita berasa geramm yang amat sangat dengan cara murid kita menjawabnya. Jika ujian dalaman bolehlah kita menyemaknya sendiri dan mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka, tetapi jika SPM macam mana? Pasti kita tidak tahu secara terperinci di mana yang betul dan salah. Apa yang kita dapat hanyalah Gred dan GPS. Maka, bersiaplah kita menghadapi post-mortem SPM nanti.

Berbalik kepada penggunaan modul sempoi ini. Sejajar dengan nama sempoi yakni mudah atau dipermudahkan dengan hasrat membantu guru dan murid untuk belajar subjek biologi dengan cara yang lebih cepat tanpa menidakkan sub topik penting berdasarkan objektif pembelajaran. Guru selaku pemudah cara mesti bijak mengendalikan murid yang mungkin terdiri daripada pelbagai aras pencapaian. Murid- murid saya boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu rajin tanpa disuruh, rajin bila disuruh, rajin kena suruh.

Alangkah bahagianya jika murid kita pada kategori pertama iaitu rajin tanpa disuruh. Maksudnya, murid ni dia buat modul sempoi tanpa perlu kita bagi arahan terlebih dahulu. Misalnya, kita sedang mengajar bab 2 Struktur dan Organisasi Sel. Tetapi ada anak murid kita dah buat soalan klon SPM, walau pun ada salah tak pa. Jangan kita marah mereka ni. Bahkan bagi pujian! Jangan sesekali kita merendah- rendahkan kebolehan murid kita. Mereka ni nakkan perhatian! Insya Allah murid kita akan hargai kata- kata kita. Apatah lagi kata- kata adalah doa.

....bersambung..


No comments:

Post a Comment