Pada waktu dan ketika ini aku masih berada di sekolah di meja sekolahku dan mengadap net book ini untuk menyelesaikan tugas-tugasku yang belum selesai. Al-maklumlah, minggu depan kena prepare utk seminar bio kat SP. Banyak perkara yg masih belum settle.
Sebenarnya aku bukanlah sihat sangat sekarang ni. Badan rasa lemah, hidung masih berhingus, batuk sekali sekala, bersin tak terkata, pening mual dan loya. Tetapi aku kuatkan juga semangat untuk membuat sesuatu yang mungkin berguna untuk rakan guruku, anak-anak muridku dan sesiapa sahaja yang berminat mengenai apa yang dipanggil biologi.
Selagi itulah aku akan menulis, memuat naik, menuat turun, berkongsi, berbincang dan berseminar dan berbengkel mengenai biologi.
Kerana apa? Kerana aku memang berminat dengan biologi dan berharap anak-anak muridku khususnya di SMKSP ni dapat menterjemahkan keputusan yang cemerlang dlm SPM nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.