Catatan ini ditulis kerana ramai pelajar yang bertanya saya soalan apa yang akan masuk untuk kertas Biologi esok (30 November 2015)...
Saya jawab, mana saya tahu! Kalau saya yang buat soalan tu lainlah. Ke guane? Inilah soalan yang biasa diajukan oleh pelajar yang tidak membuat persediaan awal..
Bila last minute macam ni, barulah nak baca tu dan baca ni.. dah gabra agaknya tu. Sebab itu saya selalu membebel kepada pelajar saya, biologi ni kena baca semua. cover to cover. no skip. lepas tu, studi dan buat latihan awal, jangan tunggu last minute..
Memanglah saya boleh buat analisis soalan past years. Tetapi ia hanya analisis untuk melihat corak soalan yang ditanya. Tidak bermakna jika soalan tu dah ditanya tahun lepas, tahun ni dah tak keluar. ia boleh keluar lagi. mungkinlah, kalau tahun lepas dah keluar struktur, ia boleh keluar pula esei tahun ni. atau langsung tak keluar.
Ada pulak yang tanya saya, nak fokus bab atau sub bab yang mana? Pulak dah! Dia tanya nak fokus yang mana. Saya pun jawablah. Fokus semua sekali. Sebabnya, sekali lagi saya nak kabo yang saya tak tahu. Saya bukan ahli nujum pak belalang atau tukang tilik atau bomoh siam atau peramal nasib.
Jadi, yang cikgu-cikgu banyak yang hantar mesej dalam whatsapp, telegram, facebook tu apa bendenya? Tanya diaorang lagi. Saya jawab, entahlah. Itu semua ramalan mereka sahaja. Jika betul, betullah. Kalau salah, salahlah. Nama pun ramalan. Tapi, bagi saya tegas. Tiada ramalan. Baca dan studi semua. That's it!
Jumpa lagi. Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment