Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana aku dapat lagi menulis dan berkarya dalam kapasiti yang sama cuma kini aku sudah berpindah 'rumah'. Kini aku mengajar di SMK Tengku Abdullah, Pekan. Sekolah ni merupakan sekolah ketigaku sepanjang hampir 15 tahun perkhidmatan sebagai pendidik.
Aku mula bertugas di sekolah baru pada 12 Januari 2015. Namun, sejujurnya aku kurang bersemangat untuk ke sekolah baru ini kerana sifat semulajadiku yang suka mengajar sedikit terbantut kerana aku tidak mendapat jadual waktu yang membolehkan aku merancang dan menulis seperti mana kebiasaan sebelum ini. Maka, kehadiranku lebih kepada kerana kewajipanku untuk ke sekolah tanpa mengetahui dengan jelas apa yang sepatutnya aku lakukan dalam minggu- minggu awal ini.
Walau bagaimanapun, aku tidak boleh duduk diam sahaja. Lalu, aku manfaatkan banyak masa untuk menulis, menaip dan mengemas kini modul biologi sempoi tingkatan 5 dan 4. Mudah- mudahan urusan ini dipermudahkan Allah.
InsyaAllah, tahun 2015 di sekolah baru ini akan lebih baik daripada sebelumnya.